SEJARAH ASAL

SILAT KALIMAH telah diasaskan dan diperkembangkan oleh seorang saudagar arab yang datang berdagang dan mengembangkan ugama islam di kedah Darul Aman kira-kira 1000 tahun yang lalu yang bernama Syeikh Tajred . Pada zaman itu adalah pemerintahan Rom Mahawangsa(Merong Mahawangsa) dan telah memeluk islam dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Syeikh tajred telah dilantik oleh Sultan menjadi Penasihat didalam Istana Kedah dan berkesempatan mengajar seni mempertahankan diri yang diilhamkan dari kaedah solat kepada Sultan Muzaffar Syah. Syeikh Tajred dapat menyakinkan Sultan Kedah bahawa silat Kalimah mempunyai nilai mempertahankan diri yang tinggi ,kerana itulah apabila Sultan menerimanya,ia telah dirahsiakan dan hanya diajarkan kepada Sultan ke Sultan sahaja berterusan sehinggalah ke Sultan Ahmad Tajudin ke tiga (1800 M)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan