AMARAN!
SEGALA AKTIVITI PENYALINAN SEMULA ATAU COPY BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DIDALAM BLOG INI ADALAH DILARANG SAMASEKALI KECUALI DENGAN KEBENARAN .



DEFINASI RINGKAS -


 ilmu Langkah Perang (“Gerak Fisabillillah”), atau Lebih dikenali di Gugusan Melayu Nusantara Amnya / Semenanjung Tanah Melayu @ Semenanjung Emas @ Semenanjung Malai (Malaysia) Khususnya:-




DEFINASI RINGKAS SALAH SILAH SILAT KALIMAH:
• “Salah” – Perkataan Arab Pasar, bermakna “Solah / Solat” artinya “Sembahyang” (“Sembahyang” asal perkatan “Sanskrit” kuno / lama, iaitu “Sembah-Tuhan”)
• Di dalam Peperangan / Pertempuran – Mesti ada Ilmu (Pengetahuan Berlawan / Berperang / Bertempur), iaitu “Silat”, “Silap” & “Silau”, serta – “Teknik & Taktik”
• “Silah / Silat” – Perkataan Arab Berarti, Senjata; Senjata yang bukan berupa alat “Pandang, Dengar, dan tidak pula ianya berbentuk sesuatu Objek” tetapi boleh dibentuk dengan Gerakan, Pukulan & Sentuhan Anggota Kederatnya Manusia.
• Senjata Besar / Utama Umat Islam adalah “Solat”, Solat dalam keterangan Syarahan Rasulullah s.a.w. secara terperinci adalah “Do’a”. Di dalam Solat terkandungnya; (1) Penyerahan dan Pengabdian Diri dpd Makhluk kepada TuhanNya (Allah), serta (2) Do’a (Permintaan) Memohon Keampunan & Kemenangan / Kejayaan PELBAGAI, Kebahagiaan, Kekayaan PELBAGAI, Keharmoniaan, dsgnya.
• “Silap” – Berarti Kesilapan / Tersilap, salah menjangka / membaca / mengagak / mengira gerakan, pukulan & taktik lawan / musuh.
• “Silau” – Berarti, Nampak dalam kesamaran / kekaburan, yang tidak begitu jelas / tidak nyata & hampir tidak Nampak sama sekali akan sesuatu gerakan, pukulan & serangan sesuatu yang dilihat / dipandang walau dengan disedari.
• “Teknik” – Merupakan sesuatu Kaedah/ Sistem Perjalanan/ Laluan/ Landasan yang Betul & telah pun dikaji selidik / diteliti serta diperbahaskan Asal-Usul/ Punca Keberkesanannya terlebih dahulu oleh Bijak-pandai / Ilmuan / Ulama’ / Guru-guru terdahulu selama beberapa lama sebelum sesuatu penekanan atau implimentasi dilakukan.
• “Taktik” – adalah Tatacara Muslihat (bukan tipuan) tetapi untuk mempermudahkan (jalan pintas) menuju sesuatu tanpa bebanan lebih dengan menggabungkan “Hasil Teknik” demi keberkesanannya menguasai / menundukkan sesuatu / pihak lawan tanpa disedari lawan.
• "Kalimah" adalah perkataan Arab, bermakna "Pengucapan". Maka pengucapan (Kalimah) tertinggi Lagi Mulia ialah; "Dua Kalimah Syahadah" (Tiada yang Lebih Tinggi Daripadanya & merupakan persyaratan Utama / Pertama untuk memelok Islam). "KALIMAH" diilhamkan dari "KALIMAH SYAHADAH". Oleh itu mengEsakan Allah Subhana Wa Ta’Ala iaitu Tauhid, Iman dan Islam adalah perkara utama yang diberi penekanan terhadap sesiapa yang hendak mempelajari Ilmu Silat Kalimah. Di dalam perlawanan / pertempuran mesti ada "Ilmu", "Silat", Silap" dan "Silau", serta "Teknik & "Taktik" untuk sesuatu perlawanan / pertempuran.
• Kesimpulannya di sini adalah;
1) Di dalam Sembahyangnya Ummat Islam itu sendiri telah & ada terdapatnya "Senjata Besar Lagi Lengkap".
2) Maka ianya digabungkan pula dengan "Kalimah Syahadah" dan terbentuklah "SALAH SILAH SILAT KALIMAH".
3) Di samping itu juga ianya membentuk tiga perkataan, iaitu "FE'KHLI", "QAULI" & "QALBI" atau "ZAHIR", "QALAM" & "BATIN" @ (“Perbuatan / Amalan”, “Perkataan / Ucapan” & “Rohani / Dalaman”).
4) Ianya tersimpul di dalam……, "Sah Amalanku Dengan Niat".
Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Setiap amalan (perbuatan) itu adalah dengan (dimulakan / terletak pada) Niat, dan Setiap Niat itu pula tergantung / terletak pada Apa Yang (ianya) Niatkan…." (aHadith).
Pesan-Nya lagi iaitu;
“Kamu lebih mengetahui tentang/ mengenai urusan Dunia Mu, tetapi apabila ditanyakan kepada kamu tentang urusan Agama Mu, maka hendaklah tanya/ Rujuklah kepada Ku.”

Manakala itu, Niat Silat Kalimah;
"SILAT AKU SILAT KALIMAH, AKU SILAT DALAM KALIMAH"


BEBERAPA PETIKAN alHADITH (SABDA) RASULULLAH S.A.W. :-

Sabda Rasulullah S.A.W. dari Uqbah Bin Amir R.A. yang bermaksud; "Sesiapa yang pandai (bermain senjata) melimpar panah lalu meninggalkannya, maka dia bukanlah daripada golongan kami, dan telah berbuat maksiat". (Riwayat al-Muslim).

Salamah Bin al-Aqwa R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. mendapati beberapa orang sedang berlatih memanah (berlatih senjata) pada suatu sasaran, maka Rasulullah S.A.W. bersabda; "Lemparkanlah senjatamu itu Hai Bani Ismail, kerana ayahmu dahulu ahli memanah".

Hadith di atas jelas menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W. mengambil berat tentang pelajaran senjata dan menggalakkan supaya berlatih (& belajar dari yang pandai) senjata serta mengajar bermain senjata. Maksud Hadith Rasulullah S.A.W.; "Ajarkanlah anak-anakmu berenang, bermain pedang dan menunggang kuda".

Tidak akan binasa seseorang kamu, selagi kamu duduk di dalam “Kalimah Allah”. Apakah kalimah/ ucapan tertinggi, utama & pertama-tamanya untuk kamu memeluk Islam, iaitu kalimah / ucapan “Dua (2) Kalimah Syahadah” – ( ﻪﻟﻟﺍﻝﻮﺴﺮﺪﻤﺤﻤ ﻪﻟﻟﺍﻻﺍﻪﻟﺍﻻ = Tiada Tuhan/ Ilah Kecuali Allah, Muhammad Itu Pesuruh/ Penyampai Pesanan/ Utusan Allah ); “Bahawa Sesungguhnya Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Selain Allah & Bahawa Sesungguhnya Aku Bersaksi (Nabi) Muhammad itu Pesuruh/ Rasul Allah”

“Sesungguhnya Islam Itu Tinggi & Tiada yang Lebih Tinggi DaripadaNya” – (alHadith)

Islam semestinya sentiasa pertama nombor satu & paling terbaik antara yang terbaik. Islam itu tegas, lagi bernas, waras & bukan ganas, lagi malas, panas.

Silat Kalimah mempunyai 6 Teknik / Kaedah Pergerakan & 27 Penangkap Asas / Pokok & Utama, yang diasaskan daripada Kaedahnya Gerakan Solat serta Semulajadinya Kebiasaan Manusia itu hidup bergerak sehari-hari:

i) Berdiri Betul (Berdirinya Solat) = “Qiam”
ii) Takbiratul Ikhram = “2 Penangkap”
iii) Qiam = “8 Penangkap”
iv) Ruku’ = “4 Penangkap”
v) Do’a = “12 Penangkap”
vi) Tahiyat = “1 Penangkap”


Ianya mempunyai 3 Peringkat:

i) Peringkat Pertama = “Dasar & Jatuh”
ii) Peringkat Kedua = “Buah Potong”
iii) Peringkat Ketiga = “Buah Serang & Buah Sebiji / Buah Tunggal”



SILAT KALIMAH MELIPUTI 5 ASAS PENDIDIKAN YANG POKOK iaitu:
i) Pegangan Hidup
ii) Pendidikan Jiwa
iii) Pembersihan Rohani
iv) Pembentukan Akhlak
v) Kecergasan Tubuh Badan


IKRAR 5 SILAT KALIMAH
i) Tidak Derhaka kepada Ibu & Bapa
ii) Tidak Derhaka kepada Abang, Kakak & Saudara Tua (yg lebih umurnya dpd kita)
iii) Tidak Derhaka kepada Guru-guru (Imam / Ulamak / Penunjuk-ajar) Silat Kalimah
iv) Tidak Derhaka kepada sesama Ahli Silat Kalimah
v) Tidak Boleh (diHaramkan) mencaci segala rupa Silat Melayu (& lainnya)



AMALAN SILAT KALIMAH
i) Jaga Agama – dengan mengerjakan segala perintah suruhan Allah & menjauhi segala laranganNya.
ii) Jaga Diri – Jangan Berbohong, Mungkir Janji & Pecah Amanah.
iii) Jaga Akal – Jangan meminum atau menghisap yang mendatangkan mabuk & menghilangkan akal fikiran (khayal).
iv) Jaga Bangsa – Jangan Berzina, jika berzina, dapat anak Haram, rosaklah keturunan bangsa.
v) Jaga Harta – Carilah rezeki, nafkah & harta dengan cara Jalan Halal & berbelanja dengan cara yang diRedhai Allah.
vi) Jaga Maruah – Jangan keji & caci sesama manusia dan hendaklah belajar Ilmu Mempertahankan Diri dari segala bentuk pencerobohan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan