AMARAN!
SEGALA AKTIVITI PENYALINAN SEMULA ATAU COPY BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DIDALAM BLOG INI ADALAH DILARANG SAMASEKALI KECUALI DENGAN KEBENARAN .



DEFINASI RINGKAS -


 ilmu Langkah Perang (“Gerak Fisabillillah”), atau Lebih dikenali di Gugusan Melayu Nusantara Amnya / Semenanjung Tanah Melayu @ Semenanjung Emas @ Semenanjung Malai (Malaysia) Khususnya:-




DEFINASI RINGKAS SALAH SILAH SILAT KALIMAH:
• “Salah” – Perkataan Arab Pasar, bermakna “Solah / Solat” artinya “Sembahyang” (“Sembahyang” asal perkatan “Sanskrit” kuno / lama, iaitu “Sembah-Tuhan”)
• Di dalam Peperangan / Pertempuran – Mesti ada Ilmu (Pengetahuan Berlawan / Berperang / Bertempur), iaitu “Silat”, “Silap” & “Silau”, serta – “Teknik & Taktik”
• “Silah / Silat” – Perkataan Arab Berarti, Senjata; Senjata yang bukan berupa alat “Pandang, Dengar, dan tidak pula ianya berbentuk sesuatu Objek” tetapi boleh dibentuk dengan Gerakan, Pukulan & Sentuhan Anggota Kederatnya Manusia.
• Senjata Besar / Utama Umat Islam adalah “Solat”, Solat dalam keterangan Syarahan Rasulullah s.a.w. secara terperinci adalah “Do’a”. Di dalam Solat terkandungnya; (1) Penyerahan dan Pengabdian Diri dpd Makhluk kepada TuhanNya (Allah), serta (2) Do’a (Permintaan) Memohon Keampunan & Kemenangan / Kejayaan PELBAGAI, Kebahagiaan, Kekayaan PELBAGAI, Keharmoniaan, dsgnya.
• “Silap” – Berarti Kesilapan / Tersilap, salah menjangka / membaca / mengagak / mengira gerakan, pukulan & taktik lawan / musuh.
• “Silau” – Berarti, Nampak dalam kesamaran / kekaburan, yang tidak begitu jelas / tidak nyata & hampir tidak Nampak sama sekali akan sesuatu gerakan, pukulan & serangan sesuatu yang dilihat / dipandang walau dengan disedari.
• “Teknik” – Merupakan sesuatu Kaedah/ Sistem Perjalanan/ Laluan/ Landasan yang Betul & telah pun dikaji selidik / diteliti serta diperbahaskan Asal-Usul/ Punca Keberkesanannya terlebih dahulu oleh Bijak-pandai / Ilmuan / Ulama’ / Guru-guru terdahulu selama beberapa lama sebelum sesuatu penekanan atau implimentasi dilakukan.
• “Taktik” – adalah Tatacara Muslihat (bukan tipuan) tetapi untuk mempermudahkan (jalan pintas) menuju sesuatu tanpa bebanan lebih dengan menggabungkan “Hasil Teknik” demi keberkesanannya menguasai / menundukkan sesuatu / pihak lawan tanpa disedari lawan.
• "Kalimah" adalah perkataan Arab, bermakna "Pengucapan". Maka pengucapan (Kalimah) tertinggi Lagi Mulia ialah; "Dua Kalimah Syahadah" (Tiada yang Lebih Tinggi Daripadanya & merupakan persyaratan Utama / Pertama untuk memelok Islam). "KALIMAH" diilhamkan dari "KALIMAH SYAHADAH". Oleh itu mengEsakan Allah Subhana Wa Ta’Ala iaitu Tauhid, Iman dan Islam adalah perkara utama yang diberi penekanan terhadap sesiapa yang hendak mempelajari Ilmu Silat Kalimah. Di dalam perlawanan / pertempuran mesti ada "Ilmu", "Silat", Silap" dan "Silau", serta "Teknik & "Taktik" untuk sesuatu perlawanan / pertempuran.
• Kesimpulannya di sini adalah;
1) Di dalam Sembahyangnya Ummat Islam itu sendiri telah & ada terdapatnya "Senjata Besar Lagi Lengkap".
2) Maka ianya digabungkan pula dengan "Kalimah Syahadah" dan terbentuklah "SALAH SILAH SILAT KALIMAH".
3) Di samping itu juga ianya membentuk tiga perkataan, iaitu "FE'KHLI", "QAULI" & "QALBI" atau "ZAHIR", "QALAM" & "BATIN" @ (“Perbuatan / Amalan”, “Perkataan / Ucapan” & “Rohani / Dalaman”).
4) Ianya tersimpul di dalam……, "Sah Amalanku Dengan Niat".
Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Setiap amalan (perbuatan) itu adalah dengan (dimulakan / terletak pada) Niat, dan Setiap Niat itu pula tergantung / terletak pada Apa Yang (ianya) Niatkan…." (aHadith).
Pesan-Nya lagi iaitu;
“Kamu lebih mengetahui tentang/ mengenai urusan Dunia Mu, tetapi apabila ditanyakan kepada kamu tentang urusan Agama Mu, maka hendaklah tanya/ Rujuklah kepada Ku.”

Manakala itu, Niat Silat Kalimah;
"SILAT AKU SILAT KALIMAH, AKU SILAT DALAM KALIMAH"


BEBERAPA PETIKAN alHADITH (SABDA) RASULULLAH S.A.W. :-

Sabda Rasulullah S.A.W. dari Uqbah Bin Amir R.A. yang bermaksud; "Sesiapa yang pandai (bermain senjata) melimpar panah lalu meninggalkannya, maka dia bukanlah daripada golongan kami, dan telah berbuat maksiat". (Riwayat al-Muslim).

Salamah Bin al-Aqwa R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. mendapati beberapa orang sedang berlatih memanah (berlatih senjata) pada suatu sasaran, maka Rasulullah S.A.W. bersabda; "Lemparkanlah senjatamu itu Hai Bani Ismail, kerana ayahmu dahulu ahli memanah".

Hadith di atas jelas menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W. mengambil berat tentang pelajaran senjata dan menggalakkan supaya berlatih (& belajar dari yang pandai) senjata serta mengajar bermain senjata. Maksud Hadith Rasulullah S.A.W.; "Ajarkanlah anak-anakmu berenang, bermain pedang dan menunggang kuda".

Tidak akan binasa seseorang kamu, selagi kamu duduk di dalam “Kalimah Allah”. Apakah kalimah/ ucapan tertinggi, utama & pertama-tamanya untuk kamu memeluk Islam, iaitu kalimah / ucapan “Dua (2) Kalimah Syahadah” – ( ﻪﻟﻟﺍﻝﻮﺴﺮﺪﻤﺤﻤ ﻪﻟﻟﺍﻻﺍﻪﻟﺍﻻ = Tiada Tuhan/ Ilah Kecuali Allah, Muhammad Itu Pesuruh/ Penyampai Pesanan/ Utusan Allah ); “Bahawa Sesungguhnya Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Selain Allah & Bahawa Sesungguhnya Aku Bersaksi (Nabi) Muhammad itu Pesuruh/ Rasul Allah”

“Sesungguhnya Islam Itu Tinggi & Tiada yang Lebih Tinggi DaripadaNya” – (alHadith)

Islam semestinya sentiasa pertama nombor satu & paling terbaik antara yang terbaik. Islam itu tegas, lagi bernas, waras & bukan ganas, lagi malas, panas.

Silat Kalimah mempunyai 6 Teknik / Kaedah Pergerakan & 27 Penangkap Asas / Pokok & Utama, yang diasaskan daripada Kaedahnya Gerakan Solat serta Semulajadinya Kebiasaan Manusia itu hidup bergerak sehari-hari:

i) Berdiri Betul (Berdirinya Solat) = “Qiam”
ii) Takbiratul Ikhram = “2 Penangkap”
iii) Qiam = “8 Penangkap”
iv) Ruku’ = “4 Penangkap”
v) Do’a = “12 Penangkap”
vi) Tahiyat = “1 Penangkap”


Ianya mempunyai 3 Peringkat:

i) Peringkat Pertama = “Dasar & Jatuh”
ii) Peringkat Kedua = “Buah Potong”
iii) Peringkat Ketiga = “Buah Serang & Buah Sebiji / Buah Tunggal”



SILAT KALIMAH MELIPUTI 5 ASAS PENDIDIKAN YANG POKOK iaitu:
i) Pegangan Hidup
ii) Pendidikan Jiwa
iii) Pembersihan Rohani
iv) Pembentukan Akhlak
v) Kecergasan Tubuh Badan


IKRAR 5 SILAT KALIMAH
i) Tidak Derhaka kepada Ibu & Bapa
ii) Tidak Derhaka kepada Abang, Kakak & Saudara Tua (yg lebih umurnya dpd kita)
iii) Tidak Derhaka kepada Guru-guru (Imam / Ulamak / Penunjuk-ajar) Silat Kalimah
iv) Tidak Derhaka kepada sesama Ahli Silat Kalimah
v) Tidak Boleh (diHaramkan) mencaci segala rupa Silat Melayu (& lainnya)



AMALAN SILAT KALIMAH
i) Jaga Agama – dengan mengerjakan segala perintah suruhan Allah & menjauhi segala laranganNya.
ii) Jaga Diri – Jangan Berbohong, Mungkir Janji & Pecah Amanah.
iii) Jaga Akal – Jangan meminum atau menghisap yang mendatangkan mabuk & menghilangkan akal fikiran (khayal).
iv) Jaga Bangsa – Jangan Berzina, jika berzina, dapat anak Haram, rosaklah keturunan bangsa.
v) Jaga Harta – Carilah rezeki, nafkah & harta dengan cara Jalan Halal & berbelanja dengan cara yang diRedhai Allah.
vi) Jaga Maruah – Jangan keji & caci sesama manusia dan hendaklah belajar Ilmu Mempertahankan Diri dari segala bentuk pencerobohan.

UJIAN PERINGKAT PERTAMA TAHAP 2

UJIAN PERINGKAT PERTAMA TAHAP 2


UNTUK MAKLUMAN  -
SKYP27 JOHOR BAHARU AKAN MENGADAKAN UJIAN UNTUK PERINGKAT PERTAMA TAHAP 2
PADA       : 03 / 01 / 2012
TEMPAT :  JOHOR JAYA
MASA     : 8.45 MALAM
HARAP SEMUA AHLI YANG TERLIBAT DAPAT BERSIAP SEDIA..DAN TIDAK LUPA MEMAKAI
PAKAIAN SILAT LENGKAP SEMASA MENJALANKAN UJIAN.... HARAP MAKLUM

                                           *  SEMOGA BERJAYA *

Gambar Kenangan

1992  Gambar kenangan bersama Pak Guru Azmi long , dalam satu lawatan  ke Kedah dan Terengganu bersama Persatuan Silat Kalimah Malaysia ,Johor Baharu 

  
 Gambar- Dari kanan atas  Cikgu Saari .Pak Guru Azmi Long, Cikgu Zainal
- Bawah Kanan  Amir, John . Husin, Wan

 Majlis Perjumpaan dan persembahan Silat Kalimah  di Hutan Bandar Johor


 Lawatan kerumah Cikgu Zamri ( Terengganu )






Kejohanan Silatolahraga 1992

           1992 Kenangan bersama Persatuan silat kalimah malaysia,Johor Baharu dalam Satu kejohanan silatolahraga telah diadakan bagi pemilihan untuk mewakili sukan sukma di serawak, bertempat di Dewan kampung Dato Onn , Larkin Johor Baharu


Sedang melakukkan pemanasan badan, 
sementara menunggu nama dipanggil untuk masuk kegelanggang


 aksi dalam pertandingan



  Sedang menunggu keputusan pertandingan dari pihak juri 
Naib johan  - Katogeri Putera D



Ahli silat kalimah yang menyertai pertandingan


SILIBUS DAN TAHAP



PERINGKAT
PELAJARAN / SILIBUS
TALI PINGGANG / WARNA
ASAS
TUMBUKAN

TEPISAN

 

TEPISAN KAKI

TENDANGAN


SEPAKAN PELIPAT

1) Tumbukan Setempat
2) Tumbukan 4 Penjuru

1)Tepisan Setempat 
2) JurusTepisan/Pukulan Bergerak
3) Jurus Tepisan 4 Penjuru

1) Luar & Dalam/ Kiri /Kanan

1) Depan,Sisi, Layang & lain2


1) Bawah, Kiri / Kanan



Putih


 




PERTAMA / TAHAP 1

PERTAMA / TAHAP 2

PERTAMA / TAHAP 3

ASAS SENJATA
- Buah Combat 1 – 27 Biji

- Buah Kunci 1 – 27 Biji

- Buah Sekat

- Kayu,Parang,Tekp,Kerambit ...

Kuning



KEDUA/ TAHAP 1

KEDUA/ TAHAP 2

KEDUA/ TAHAP 3
- Buah Potong /Buah Jadi Buah

- Buah Potong / 6 cara

- Buah Potong / Sekat/ Senjata

Hijau



KETIGA/ TAHAP 1

KETIGA/ TAHAP 2

KETIGA/ TAHAP 3
- Buah Sebiji & Buah Serang

- Gabungan Buah Serang

- Buah Serang Senjata

Merah







- Pembantu Jurulatih
Merah Garis Hitam




TAMAT
- Guru / Juru Latih
Hitam


PENCAPAIAN TAHAP

- Kenaikan / Anjakan peringkat

             Garis Putih
               I I I
                1   2  3


SEJARAH PAK GURU YAHYA SAID

                                                                  Pak Guru Yahya Said    


           Beliau dilahirkan pada tahun 1903 di Kuala Kerian, Kedah. Tok Guru Yahya Said adalah anak angkat kepada Panglima Tok Rashid. Beliau bekerja dengan Panglima Tok Rashid sebagai seorang pembuat bendang, pembuat atap rumah dan pencari akar kayu untuk dijadikan adunan ubatan tradisional yang dihasilkan oleh Panglima Tok Rashid sendiri.

1923 - Tok Guru Yahya Said adalah orang awam kebanyakan pertama yang mempelajari Silat Kalimah daripada Panglima Tok Rashid. Rakan seperguruan Tok Guru Yahya Said adalah anak Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Apabila tamat perguruan, beliau bekerja sebagai seorang anggota polis dan tinggal di Batu Kurau, Perak.

1938 - Tok Guru Yahya Said mula mengajar Silat Kalimah ini kepada para pemuda di Daerah Batu Kurau. Diantaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi.

1942 - Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari seni Silat Kalimah ini.

1949 - Tok Guru Yahya Said telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif sebagai penjual ubatan tradisional dan menjualnya ke seluruh pelusuk Malaysia. Dalam pada itu, Tok Guru Yahya Said telah berkenalan dengan Yahya Abdullah@Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu Malik dan Pak Mansor. Para penjual ubat ini turut mempelajari ilmu Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said sendiri, bermula dari tahun 1950.

1963 - Cikgu Mohd. Zohdi telah berhasrat untuk mempelajari ilmu Silat Kalimah ini daripada Tok Guru Yahya Said sendiri. Kini beliau adalah Pak Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said dan masih mengajar dan aktif di dalam mengembangkan Silat Kalimah di sekitar negeri Perak.

1965 - Dua adik beradik iaitu Fadil dan Che Ngah telah mempelajari Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said.

1966 - Tok Guru Yahya Said mengembangkannya di Teluk Piai, Jalan Gunung Kriang kepada 20 orang pemuda, salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad yang merupakan pengasas dan Guru Utama Silat Cekak Malaysia.

1968 - Tok Guru Yahya Said telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada Pak Guru Azmi Long dan Cikgu Ridzuan Long

1972 - Pak Jauhari @ Pak Jo ( Eusof bin Ali ) anak angkat Tok guru Pak Yahya Said telah belajar Silat Kalimah dari beliau. Pak Jo merupakan jurucakap bagi pihak Pak Yahya Said untuk Silat kalimah.

1979 - Pak Yahya Said telah menghembuskan nafas yang terakhir dan jenazah beliau dikuburkan di Batu Kurau, Perak.


               

NAMA-NAMA BUAH


NAMA-NAMA BUAH

  1. Takbir Kanan
  2. Takbir Kiri
  3. Qiam Gantung Kanan
  4. Qiam Gantung Kiri
  5. Qiam Kanan
  6. Qiam Kiri
  7. Qiam Gari
  8. Qiam Ali Patah Atas
  9. Qiam Ali Patah Sudah
  10. Qiam Paras
  11. Rukuk Luar Kanan
  12. Rukuk Luar Kiri
  13. Rukuk Dalam Kanan
  14. Rukuk Dalam Kiri
  15. Doa Pertama
  16. Doa Luncur
  17. Doa Gantung Kanan
  18. Doa Gantung Kiri
  19. Doa Kanan
  20. Doa Kiri
  21. Doa Selendang
  22. Doa Hentak
  23. Doa Pasung Atas
  24. Doa Rasa
  25. Doa Sambut
  26. Doa Paras Kanan / Kiri
  27. Doa Tahiyat



SEJARAH ASAL

SILAT KALIMAH telah diasaskan dan diperkembangkan oleh seorang saudagar arab yang datang berdagang dan mengembangkan ugama islam di kedah Darul Aman kira-kira 1000 tahun yang lalu yang bernama Syeikh Tajred . Pada zaman itu adalah pemerintahan Rom Mahawangsa(Merong Mahawangsa) dan telah memeluk islam dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Syeikh tajred telah dilantik oleh Sultan menjadi Penasihat didalam Istana Kedah dan berkesempatan mengajar seni mempertahankan diri yang diilhamkan dari kaedah solat kepada Sultan Muzaffar Syah. Syeikh Tajred dapat menyakinkan Sultan Kedah bahawa silat Kalimah mempunyai nilai mempertahankan diri yang tinggi ,kerana itulah apabila Sultan menerimanya,ia telah dirahsiakan dan hanya diajarkan kepada Sultan ke Sultan sahaja berterusan sehinggalah ke Sultan Ahmad Tajudin ke tiga (1800 M)

SEJARAH PENUBUHAN

SILAT KALIMAH YAHYA SAID PUKULAN 27 telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 25 mac 2008 di Johor Baharu hasil kerja keras cikgu Mohd Suhaimi paidi, Cikgu Zainal Talib, Cikgu Mohd Amir ,En Asmadi dan En Noor Muhammad . Cikgu Mohd Suhaimi lah yang banyak memberi semangat dan dorongan serta bekerja keras, berusaha bagi mengujudkan Persatuan ini ,Segala usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh beliau, kini hanya tinggal kenangan bila beliau diserang strok dan telah meninggal dunia pada penghujung tahun 2007 . Semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya , AMIN........ . SILAT KALIMAH YAHYA SAID PUKULAN 27 merupakan silat yang berasal dari Silat Kalimah (asli), atau Silat Kalimah asal dari Pak Guru Yahya Said (meninggal 1979) dan telah dikembangkan oleh Pak guru Zohdi di batu kurau Perak Darul Ridzuan . PAK GURU ZOHDI merupakan satu-satunya guru yang masih hidup dan masih aktif mengajar serta memperjuangkan Silat Kalimah Yahya Said .....
SILAT KALIMAH YAHYA SAID PUKULAN 27 adalah satu silat yang bukanlah menokok tambah atau melebih-lebih ,ianya masih lagi berpegang kepada tradisi dan permainan Silat Kalimah Yahya Said yang asal , hanya lebih menjurus kearah kepelbagaian mengikut peredaran masa yang digali , dikupas dan dibahaskan dari khazanah ilmu Silat Kalimah yang tersirat dan tersurat. Sesungguhnya ilmu itu sangat luas dan hidup, tidak pernah mati dan habis datangnya dari Allah , hanya perlu digali dan dicorakkan mengikut acuan masing-masing, kekurangan dan kelemahan itu pasti ada sebab ciptaan manusia ,yang hebat,kuat,dan sempurna hanya Allah... yang tiada tandingan .

SUSUR GALUR

SYEIKH ABDULLAH RAFAEI QIBRARI (SYEIKH TAJRED)
SULTAN Muzafar SHAH (ROM Mahawangsa)
SULTAN AHMAD Tajuddin KETIGA
PANGLIMA TOK ISMAIL
PANGLIMA TOK ALI
PANGLIMA TOK HADI
PANGLIMA TOK RASHID
PAK GURU YAHYA SAID (MENINGGAL1979)
!
!
!
* PAK GURU AZMI LONG * PAK GURU ZOHDI * PAK GURU JOHARI *

HUBUNGI KAMI

  • PERSATUAN SENI SILAT KALIMAH YAHYA SAID PUKULAN 27
    NO 11 JALAN SAWI,KAMPUNG BENDAHARA,MAJIDEE, 81100 JOHOR BAHARU,JOHORU
TEL : 012 7955471 ( CIKGU ZAINAL )
TEL : 017 7633156 ( CIKGU AMIR )
TEL : 019 7527647 ( CIKGU ASMADI )



PERSATUAN SENI SILAT KALIMAH YAHYA SAID
  • ( SHAH ALAM,SELANGOR )

  • TEL : 016 2957054 (CIKGU ZALIKI )

  • TEL : 016 6957712 ( RASHID )


PERASTUAN SENI SILAT KALIMAH YAHYA SAID
  • ( SENTUL,KL )
  • TEL : 019 4930773 ( HAFIZAN )



PERSATUAN SENI SILAT KALIMAH YAHYA SAID
( IPOH , PERAK )
TEL : 013 5095746 ( PAK GURU ZOHDI / CIKGU ZOHDI )




PENGASAS

PENGASAS SILAT KALIMAH



Pak Guru Yahya Said


Pak Guru Yahya Said
dan Cikgu Azmi Long

GAMBAR

LAWATAN KE PERAK



Lawatan ke Perak dan perbincangan bersama
Pak Guru Zohdi pada july 2008

Dalam perbincangan, Pak Jo turut serta dalam

perbincangan tersebut

Yang ini Joe ..... (Tengah), bukan Pak Joe,

tukang urut dari jb, baik punya .....

Berkongsi pandangan demi masa depan silat kalimah






GAMBAR

DI SEKITAR MAJLIS
PENGAMBILAN AHLI BARU 2008






ADIK-ADIK TEKUN MELIHAT PERSEMBAHAN




































GURU-GURU

PENGASAS SILAT KALIMAH

ANAK MURID YANG BELAJAR TERUS DARI
PAK GURU YAHYA SAID